5 Sebab Memilih Klinik Estetik (Aesthetic) Dan Kulit Terbaik di Damansara, Klinik Dr Bazilah | Klinik estetik ialah tempat di mana individu boleh mendapatkan perkhidmatan kecantikan dan penjagaan kulit untuk meningkatkan penampilan fizikal mereka. Ia tidak hanya menyediakan rawatan kosmetik, tetapi juga prosedur-prosedur yang bertujuan untuk meningkatkan kecantikan wajah dan tubuh. Klinik estetik menawarkan pelbagai rawatan seperti pengurutan wajah, terapi laser, pengisian dermal dan banyak lagi.
Penting untuk diingat bahawa klinik estetik adalah untuk individu yang ingin menerima rawatan penjagaan kulit dan penampilan secara keseluruhan. Pelanggan boleh berkomunikasi dengan doktor tentang matlamat dan keperluan kecantikan mereka.
Kelayakan yang Dimiliki oleh Doktor Estetik
Doktor estetik adalah doktor yang khusus dalam menyediakan pesakit dengan rawatan dan prosedur estetik yang bertujuan untuk meningkatkan penampilan fizikal mereka. Memiliki kelulusan perubatan adalah penting untuk membuka sesebuah klinik estetik ye. Mereka yang mempunyai ijazah perubatan, seperti doktor, dermatologis atau ahli terapi estetik, biasanya boleh membuka klinik estetik. Kelayakan yang diperlukan oleh doktor estetik adalah :
Kelulusan Doktor
Doktor estetik biasanya mempunyai kelulusan perubatan seperti doktor perubatan (MD) atau doktor pergigian (DDS/DMD).
Pengalaman dan Latihan Kursus
Doktor dan staff biasanya akan menghadiri latihan dan kursus estetik untuk memahirkan diri dalam prosedur rawatan seperti penggunaan produk injeksi, laser dan kaedah kecantikan lain.
Pendaftaran Profesional
Doktor estetik mesti berdaftar dengan badan profesional atau badan perubatan negara untuk memastikan mereka mematuhi piawaian etika dan praktikal.
Pengiktirafan dan Sijil
Pengiktirafan atau sijil dalam bidang estetik atau prosedur tertentu seperti penggunaan botulinum toxin atau pengisian dermal boleh menjadi sebahagian daripada kelayakan ini.
Keupayaan untuk berkomunikasi dan kepekaan terhadap kecantikan
Kemahiran komunikasi adalah sangat penting di dalam kerjaya sebagai seorang doktor. Doktor estetik haruslah pandai berkomunikasi dengan baik untuk memahami keperluan dan objektif pelanggan mereka dalam kecantikan.
Pengetahuan dan Perkembangan Terkini
Doktor estetik perlulah memahirkan diri dengan pengetahuan dalam bidang mereka dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam produk dan teknologi estetik.
Kenapa Memilih Klinik Estetik, Klinik Dr Bazilah Damansara?
Beberapa faktor perlu diambilkira sebelum membuat pilihan di mana untuk membuat dan menerima rawatan daripada sesebuah klinik estetik tersebut. Bagi mendapatkan hasil yang diingini, adalah penting untuk korang dan doktor berkomunikasi dengan baik. Terangkan tentang masalah yang dihadapi dan pastikan klinik estetik yang dipilih memahami keperluan kecantikan korang. Ini adalah 5 sebab kenapa korang perlu memilih klinik Dr Bazilah di Damansara untuk membantu korang mendapatkan rawatan kulit dan rambut :
#1 Kelayakan dan Pengalaman
Klinik Dr Bazilah di Damansara mempunyai doktor estetik yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memastikan memberikan perkhidmatan yang selamat dan berkesan kepada pesakit. Klinik Dr Bazilah merupakan LCP Clinic yang diperakui. Doktor-doktor di sini semuanya diperakui dan Health Practitioner yang berlesen dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#2 Lokasi
Lokasi klinik Dr Bazilah cawangan Damansara sangat strategik di mana ianya dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang berdekatan seperti tempat makan, tempat membeli barang keperluan dan macam-macam lagi. Apa yang penting senang nak parking.
#3 Keselesaan dan Kemudahan yang Disediakan
Marina percaya korang mesti akan berasa selesa semasa menjalani rawatan di sini kerana klinik Dr Bazilah di Damansara tersangatlah luas dan bersih. Ruang menunggu, tandas dan bilik rawatan cantik dan tersusun kemas serta mereka menggunakan peralatan berkualiti tinggi dan terkini. Korang juga boleh membuat temujanji mengikut kesesuaian dengan jadual korang.
#4 Caj rawatan
Sebelum korang diberikan rawatan, sesi konsultansi akan diadakan terlebih dahulu untuk melihat masalah yang dihadapi dan doktor akan menerangkan rawatan yang sesuai dengan masalah dan kulit korang. Korang juga boleh bertanya kos rawatan yang akan dikenakan sebelum korang bersetuju untuk membuat rawatan di situ.
#5 Feedback dari Pelanggan Terdahulu
Banyak maklum balas positif yang diterima daripada pesakit yang telah membuat rawatan di Klinik Dr Bazilah di Damansara. Majoriti pesakit yang datang ke Klinik Dr Bazilah berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Rawatan yang Ditawarkan di Klinik Dr Bazilah Damansara
Rawatan yang ditawarkan di Klinik Dr Bazilah Damansara :
• Rawatan jerawat
• Rawatan parut jerawat
• Ekzema
• Psoriasis
• Allergy
• Skin Pigmentation
• Hair Removal
• Masalah Rambut/ rambut gugur
• Aesthetic
• Fungal
• Minor Surgery - skin tag removal, wart removal, callus, mole removal, pyogenic granuloma removal
• Sexual Transmitted Disease - Syphillis, herpes infection, gonorrhea, chlamydia
Feedback Pesakit Selepas Menerima Rawatan di Klinik Dr Bazilah
Di sini Marina kongsikan feedback dari pesakit yang telah menjalani rawatan di Klinik Dr Bazilah. Selepas menerima rawatan, boleh nampak perubahan yang positif terhadap pesakit. Masalah yang dihadapi oleh pesakit semakin berkurangan.
Lokasi Klinik Dr Bazilah Damansara
Pada korang yang nak mendapatkan rawatan kulit atau masalah rambut, disarankan supaya korang buat temujanji terlebih dahulu sebelum walk in ke klinik supaya korang tak perlu menunggu lama. Korang boleh hubungi diorang untuk temu janji seperti maklumat di bawah ni :
Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7661 3950
TikTok: Klinik Dr Bazilah
0 Comments