Shopping makanan viral di Pantai Klebang Melaka | Pada 23 Disember yang lepas, Marina ke Melaka sebab memenuhi jemputan kenduri kahwin kawan husband. Dah alang-alang ke Melaka, kiteorang decide untuk berjalan-jalan di sekitar Melaka. Actually sebelum ni pun dah pernah beberapa kali bawak anak-anak bercuti di sekitar Melaka. Antara tempat yang kiteorang dah pernah pergi adalah Kota A Famosa, naik Menara Taming Sari, menaiki river cruise menyusuri Sungai Melaka, mendaki tangga ke Gereja St. Paul, melawat Muzium Samudera dan healing di Pantai Klebang. Sekarang Pantai Klebang ni kawasan pantainya dah semakin luas berbanding kawasan laut kerana telah ditambak untuk dijadikan pusat rekreasi buat warga Melaka dan para pengunjung.
Sejarah Pantai Klebang Melaka
Pantai Klebang ialah sebuah pantai yang terletak di bandar Klebang, di negeri Melaka. Ianya terletak berhadapan dengan Selat Melaka. Pantai ini terkenal sebagai destinasi pelancongan di Melaka. Kerajaan Negeri Melaka telah menambak kawasan pantai Klebang untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk Melaka. Kawasan pantai ini tambak mengunjur sehingga ke pantai Kundor di Tanjung Kling.
Mengikut sejarah daripada orang lama di Klebang, nama Klebang datangnya daripada penduduk di kawasan situ. Pada ketika itu, beberapa pedagang India Muslim yang datang berdagang berhenti solat di sebuah masjid di kawasan situ. Apabila masuk waktu untuk solat, pedagang melaungkan azan di masjid tersebut. Lama-kelamaan penduduk kampung menamakan kawasan di situ ini "keling (orang India) bang (azan)". Dari situlah datangnya nama Klebang.
Apa yang Ada Di Pantai Klebang Melaka?
Sebelum ni, masa pergi ke Pantai Klebang kiteorang tak turun pun. Pada kalini, kiteorang turun berjalan-jalan untuk shopping makanan yang ada di sepanjang jalan di Pantai Klebang ni. Awalnya macam malas nak jalan-jalan di situ. Memandangkan masa drive melalui jalan di tempat peniaga menjual makanan, ternampaklah banyak sangat makanan yang menarik hati. Tambahan pula ternampak makanan viral yang ada dijual di situ. Siapa tak tergugatkan? Tambahlah anak-anak Marina ni, pantang tengok makanan viral, semua diorang nak cuba. Diorang lagi advanced daripada mak pak diorang.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pengunjung yang datang ke Pantai Klebang ni. Antara aktiviti yang dilakukan di sini adalah menaiki ATV, berkelah di tepi pantai, menaiki basikal, bermain layang-layang, bawa anak-anak main permainan untuk anak-anak kecil, makan di warung yang ada di sepanjang pantai serta shopping makanan, baju dan lain-lain.
Jalan di kawasan peniaga menjual makanan ni agak sesak jugak dengan kenderaan yang keluar masuk. Dahlah di situ penuh dengan peniaga yang berniaga, pengunjung yang bertandang dan dengan kereta keluar masuk lagi. Waktu kiteorang nak balik dan keluar dari kawasan Pantai Klebang, lama jugaklah kiteorang kena bersidai di kawasan tu sebelum berjaya meloloskan diri dan ke destinasi seterusnya.
Banyak dah naik lot-lot kedai berhampiran Pantai Klebang ni. Trip sebelum ni anak-anak nak pergi kedai corndog seorang influencer terkenal iaitu Aqil Zulkiflee. Kebetulan masa kiteorang pergi makan tu, dia ada di situ. Seronok kemain anak-anak dapat jumpa Aqil. Itu nanti next entrilah Marina cerita kot.
Beli Makanan Viral di Pantai Klebang Melaka
Masa drive melalui jalan di kawasan peniaga makanan berniaga, anak-anak ternampak makanan yang diorang nak merasa seperti tanghulu, jelly ball, aiskrim berasap dan macam-macam lagilah. Ye, semua makanan viral. Marina pun tak pernah lagi cuba makanan viral ni. Hampir cecah ratusan jugaklah memborong makanan di sepanjang jalan di Pantai Klebang ni. Marina cuba tanghulu je. Yang lain tu habis semua anak-anak habiskan. Nak kata sedap tu, biasa je. Kalau buah tu sedap, sedaplah tanghulunya. Dia umpama korang makan buah yang disalut dengan air gula. Dah memang itu bahan-bahan buat tanghulukan. Cumanya lapisan kulit luar buahnya jadi ranguplah. Itupun kalau korang dapat peniaga yang pandai buat air gula tu jadi rangup.
Tengok Suasana Krismas di Perkampungan Portugis
Disebabkan dah selalu pergi area Bandar Hilir, makanya kiteorang pergi tempat yang tak pernah jejak lagi. Kiteorang ke sebelah Ujong Pasir untuk ke Perkampungan Portugis untuk tengok hiasan lampu-lampu Christmas sebab masa kiteorang ke Melaka tu dah hampir perayaan Krismas. Marina tak tawaf habis pun di perkampungan Portugis ni. Tak pergi sampai ke penghujung perkampungan di tepi laut. Adalah Marina ternampak beberapa orang penduduk semasa melalui perkampungan di situ. Memang muka diorang nampak mix Portugis.
Dua kali kiteorang ke sana pada haritu, iaitu pada sebelah petang dan sebelah malam. Mujur pada sebelah petangnya nampaklah juga hiasan di rumah-rumah penduduk yang beragama Kristian yang menghiasi laman mereka dengan lampu-lampu dan Santa Claus sebab pada malamnya hujan turun sangat lebat. Tak dapat nak turun tengok lampu-lampu.
Pada malam tu, ada komuniti yang menjaga di kawasan perumahan di situ. Marina macam terperasan diorang ada gantung informasi di khemah kalau nak masuk dikenakan bayaran sebanyak RM5. Tapi tak pasti untuk satu kereta atau satu family.
0 Comments