Bantu Rakyat Palestin Dengan Membeli Produk Tempatan, Minuman Malt Coklat Oligo Malaysia

Bantu Rakyat Palestin Dengan Membeli Produk Tempatan, Minuman Malt Coklat Oligo Malaysia | Siapa penggemar minuman coklat? Ni Marina nak kongsikan produk lokal yang dikeluarkan untuk minuman coklat. Korang tahu tak Oligo Malt Coklat iaitu minuman coklat Belgium premium adalah merupakan produk keluaran tempatan? 100% buatan Malaysia. Korang pernah minum tak? 

Oligo Malaysia sedang menjalankan kempen Solidariti bagi menyokong bantuan kemanusiaan Gaza melalui Media Prima dan Red Crescent UAE. Korang pun boleh bersama-sama menyumbangkan bantuan pada rakyat Palestin. Macam mana? Marina ceritakan selanjutnya di bawah.

Oligo Malaysia




Oligo Malaysia Minuman Malt Coklat Produk Tempatan Keluaran Power Root 

Oligo diasaskan oleh kumpulan Power Root. Dulu mesti korang perasan iklan Power Root sentiasa dimainkan di kaca televisyen dan sentiasa juga berkumandang di corong radio kan? Jenama Power Root ni sangat popular dengan minuman kesihatan.

Power Root terkenal dengan minuman tenaga dan kesihatan seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Syarikat ini telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 1999. Kopi, teh dan minuman tenaga adalah produk utama mereka. Power Root terkenal kerana menyediakan minuman berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Dengan kejayaannya, Power Root berkembang menjadi pengeluar utama dalam industri minuman Malaysia dan semakin berkembang di seluruh dunia.

Dulu Marina biasa juga nampak iklan Oligo di televisyen. Baru tahu Oligo ni keluaran Power Root rupanya. Oligo Malt Coklat didatangkan dalam bentuk serbuk dan juga yang sedia diminum. 



Kandungan dan Manfaat Oligo Malt Coklat : Minum Oligo Malt Coklat di bulan Ramadhan untuk Kekal Bertenaga

Minuman Oligo malt coklat ni mengandungi Oligofruktosa, sejenis prebiotik yang membantu meningkatkan sistem penghadaman korang, bantu kurangkan sembelit.

Oligo juga mengandungi kalsium untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat dan memainkan peranan dalam memastikan peredaran darah yang baik.

Selain tu, minuman ini juga mengandungi Vitamin B6 dan Vitamin B12 yang membantu meningkatkan ketahanan badan dan minda.

Semasa puasa ni, eloklah korang minum Oligo minuman malt coklat untuk membantu perut korang supaya tahan lapar lebih lama kerana ianya mengandungi malt yang dapat mengenyangkan perut. Oligo juga membantu membekalkan tenaga untuk korang menghadapi hari yang panjang.





Cara Bancuh Oligo Malt Coklat

Oligo Malt Coklat sesuai diminum oleh kanak-kanak dan juga orang dewasa. Terdapat beberapa jenis Oligo Malt Coklat yang dijual di pasaran. Yang berbentuk sachet pun ada, mudah nak dibawa ke mana-mana. Korang boleh bancuh dengan air panas atau air sejuk. Korang tak perlu tambah gula atau susu dah, bancuh dengan air sahaja. Cara bancuh Oligo Malt Coklat (sachet) :


Minuman Panas

• Bancuh satu sachet Oligo Malt Coklat dengan 200ml air panas. 


Minuman Sejuk

• Bancuh satu sachet Oligo Malt Coklat dengan 70 ml air panas. Kemudian tambahkan ais.



Apa Rasa Oligo Malt Coklat? : Review Jujur daripada Marina

Korang yang tak pernah cuba Oligo ni mesti tertanya-tanya, sama ke rasanye macam jenama minuman coklat yang lain yang ada di pasaran?

Marina merupakan penggemar coklat ye. Apa saja yang berkaitan coklat, Marina memang suka. Disebabkan Marina tak puas hati dengan review yang diberikan dan tak dapat nak bayangkan bagaimana kesedapannya, yang majoriti katanya sedap, tak macam jenama yang banyak dijual di pasaran, makanya Marina beli dan cuba sendiri sejauh mana kesedapan rasa minuman coklat Oligo ni. Korang boleh baca review di platform online shopping. Banyak sangat feedback yang mengatakan Oligo Malt Coklat ni sedap dan tak begitu manis. 

Di sini Marina kongsikan pandangan Marina mengenai minuman coklat jenama Oligo. 

Marina agak impressed masa minum Oligo malt coklat sebab rasa coklatnya sedap, rasa coklat asli. Memang betul tak manis dan anak Marina kata Oligo ni lebih berkrim. Tak kurang hebat juga produk lokal Malaysia ni sebenarnya ye. Marina sekadar boleh kongsi je lah pengalaman Marina minum Oligo ni. Korang sendiri kena cuba dan nilai sendiri kesedapan Oligo malt coklat ni. 



Salurkan Bantuan Kepada Rakyat Palestin Dengan Setiap Pembelian Produk Oligo Malaysia

Baru-baru ini Oligo Malaysia telah menghantar bantuan ke Gaza dengan menyalurkan sumbangan ke Gaza sebanyak RM250,000 melalui Media Prima dan Red Crescent UAE.

Di sini Marina nak kongsikan dengan korang, bila korang beli Oligo malt coklat, sebahagian duit itu akan didermakan kepada saudara kita di Palestin. Oligo Malaysia sedang menjalankan kempen Solidariti dengan menghantar bantuan ke Gaza seperti yang Marina bagitahu awal tadi.  

Setiap ringgit yang korang belanjakan dengan membeli produk Oligo, ianya dapat memberi sinar harapan dan manfaat kepada saudara kita di Palestin. Walaupun nilainya nampak kecil pada korang, tetapi mereka sangat bersyukur dan besar maknanya buat mereka. Setiap produk Oligo yang dibeli, sebanyak RM 0.50 setiap Produk pek Serbuk dan RM 0.10 setiap Produk Sedia Minum (tin/paket) akan didermakan pada tabung kemanusiaan.

Kenapa tak derma terus pada tabung bantuan je? Boleh je kalau korang nak derma terus. Dia umpama setiap bulan korang wajib beli beras, jenama beras tu pulak automatik akan dermakan sebahagian dari hasil jualan tu dan salurkan sumbangan ke rakyat Palestin, gitulah juga bila korang beli minuman Oligo Malt Coklat. Automatik korang akan menyumbangkan bantuan ke Gaza dengan setiap pembelian Oligo. Di samping tu, kita support lah bersama-sama untuk beli produk tempatan.





Di Mana Nak Beli Oligo Malt Coklat? 

Korang boleh dapatkan produk Oligo Malt Coklat di Aeon, Aeon big, Mydin, Giant, TF Value Mart, Econsave atau pasaraya berdekatan korang. Korang juga boleh beli secara online di shopping platform. Maklumat lanjut korang boleh ke di media sosial Oligo Malaysia.






Post a Comment

0 Comments