Sekolahku Berbakat 2.0 Edisi Drumline Battle 2024 di Ipoh Parade

Sekolahku Berbakat 2.0 Edisi Drumline Battle 2024 di Ipoh Parade | Marina tak sabar nak menyaksikan Drumline Battle yang akan diadakan di Ipoh Parade esok pada 14 Julai 2024 pada jam 2.00 petang! Mesti meriah mendengar pukulan drum dan bakat yang akan ditonjolkan dari peserta yang menyertai pertarungan ini. Korang yang ada di Ipoh, jomlah datang beramai-ramai menyaksikan pertarungan drumline ini esok.

Drumline battle




Apa itu Drumline?

Drumline merupakan sekumpulan pemuzik yang memainkan alat muzik perkusi di dalam sebuah band atau pasukan pancaragam. Alat muzik yang biasanya dimainkan semasa drumline adalah snare drum, bass drum, tenor drum dan cymbal. 

Drumline selalunya menjadi nadi kepada persembahan muzik, memberikan irama yang bertenaga dan menyemarakkan suasana. Dalam persembahan pancaragam, drumline bukan sahaja menyumbang kepada irama tetapi juga mempersembahkan koreografi yang menarik dan memukau para penonton yang datang. 

Biasanya drumline ini dapat dilihat semasa acara perbarisan sewaktu Hari Kemerdekaan dan acara sukan di peringkat sekolah serta universitikan? Begitu teruja dan bersemangat pengunjung yang hadir apabila perbarisan drumline ini lalu di hadapan mereka.

Sekolahku Berbakat




Drumline Battle di Ipoh Parade

Buat pertama kalinya Ipoh Parade berkolaborasi dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perak menganjurkan Drumline Battle yang menampilkan pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Perak. 

Apabila menyertai pasukan Drumline ini, setiap ahli memerlukan disiplin yang tinggi, latihan yang konsisten dan kerjasama yang erat di antara ahli kumpulan. Setiap ahli perlu mahir dalam alat muzik mereka dan mampu bermain dengan betul mengikut tempo dan arahan konduktor. Apabila berlaku je kesilapan akan menjejaskan keseluruhan persembahan.

Menganggotai drumline juga memberi peluang kepada individu untuk membina kemahiran sosial dan kepimpinan. Dalam kumpulan ini, ahli-ahli belajar untuk saling menyokong, berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat bersama. Ini menjadikan pengalaman dalam drumline bukan sahaja tentang muzik, tetapi juga tentang pembangunan diri dan pembentukan ikatan persahabatan yang kuat.

Justeru, Ipoh Parade berbesar hati menyediakan platform untuk pertarungan drumline ini dan berbangga untuk menyokong usaha yang begitu mengagumkan di kalangan pelajar sekolah menengah. Pertarungan ini akan berlangsung pada :

Tarikh : 14 Julai 2024
Jam : 2.00 petang
Tempat : Aras bawah pentas utama Ipoh Parade


Format Pertandingan

● Peserta terbuka kepada seluruh sekolah di negeri Perak
● Peraturan Pertandingan : Hanya peralatan drumline/perkusi yang dibenarkan
● Peserta : 8 - 20 peserta di dalam satu kumpulan
● Masa Persembahan : 2 minit untuk satu kumpulan
● Format Unik : Pertarungan dengan mempersembahkan gaya yang unik 


Cara Pertandingan

● Pusingan 1: Pertunjukan Prestasi
Setiap kumpulan drumline akan mempersembahkan pertunjukan mereka untuk mendapatkan mata daripada juri. Peserta akan dianugerahkan samada Emas (85+ markah), Peraj (70-84 markah) atau Gangsa (bawah 69 markah) berdasarkan prestasi mereka.

● Pusingan 2 : Pusingan Pertarungan
Kumpulan Drumline akan bertarung secara berpasangan yang dipilih secara rawak dan akan bertarung sehingga juara telah ditentukan.

Ipoh Parade



Hadiah Pemenang

Hadiah yang bakal dimenangi oleh para peserta :
● Juara : Wang tunai RM2,500
● Tempat kedua : Wang tunai RM1,500
● Tempat ketiga : Wang Tunai RM1,000
● Tempat keempat : Wang Tunai RM500
● Tempat kelima : Wang tunai RM500

Pemenang Khas :
● Kostum Paling Kreatif : Wang Tunai RM500
● Drumline Paling Popular : Wang Tunai RM500


Post a Comment

0 Comments