Kampung Agong Pulau Pinang: Destinasi Instagrammable dengan Pemandangan Desa yang Menawan

Kampung Agong Pulau Pinang: Destinasi Instagrammable dengan Pemandangan Desa yang Menawan | Kampung Agong adalah destinasi pelancongan yang semakin popular di Malaysia, terletak di kawasan Penaga, Seberang Perai, Pulau Pinang, berhampiran Kedah. Tempat ini dikenali dengan suasana kampung tradisional yang menenangkan, dikelilingi sawah padi dan pokok kelapa, memberikan pengalaman yang menyegarkan bagi pengunjung yang ingin lari seketika dari kesibukan bandar. Dalam artikel ini, Marina akan berkongsi pengalaman santai berkunjung ke Kampung Agong.

Sebelum ke Kampung Agong, Marina dan family memenuhi jemputan majlis perkahwinan salah seorang ahli kelab blogger Ben Ashaari pada 15 Januari 2023 yang lalu. Punyalah rajin Marina ni kan dah setahun lebih baru nak update cerita pasal Kampung Agong ni.

Kampung Agong




Harga Tiket Masuk Kampung Agong

Semasa Marina sampai di sini, ramai juga pengunjung yang datang ke Kampung Agong ni. Mungkin sebab cuti hujung minggu ramai ibu bapa mengambil peluang ini untuk bawa anak-anak berjalan di sini. Mujur dapat parking. Datang ke sini korang akan dikenakan caj parking. Masa Marina pergi tu dikenakan caj RM10 untuk sebuah kereta. Ini belum lagi tiket masuk ke Kampung Agong. Harga tiket masuk pada masa itu (Harga untuk pemegang MyKad/MyKid):

Dewasa (12 tahun ke atas) : RM10
Kanak-kanak (4-11 tahun) : RM5

Sebaik sahaja masuk ke Kampung Agong, korang akan disambut dengan pemandangan pokok kelapa yang tinggi. Korang yang ingin berehat daripada kehidupan bandar yang sibuk, tempat ini sesuai kerana suasananya yang tenang dan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Selain landskapnya yang indah, Kampung Agong mempunyai banyak lokasi yang boleh diambil gambar untuk Instagram, seperti buaian besar yang menghadap sawah padi dan sarang burung rotan yang besar. Setiap sudut kampung ini cantik dan menarik untuk bergambar.

Harga tiket Kampung Agong


Aktiviti Menarik di Kampung Agong

Kampung Agong mempunyai banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk semua lapisan umur. Salah satu tarikan utama di sini adalah pengalaman menaiki buaian besar iaitu yang paling popular di kalangan para pengunjung. Buaian ini terletak di kawasan yang strategik kerana korang boleh tengok sawah padi dan Gunung Jerai dari jauh. Ramai pengunjung menaiki buaian ini kerana ia memberikan pengalaman yang mengingatkan kepada zaman kanak-kanak sambil menikmati keindahan alam sekitar.

Semua tempat yang ada di Kampung Agong ni, anak-anak Marina explore antaranya bermain jongkang-jongkit yang diperbuat daripada batang pokok kelapa, bergambar di piano, sarang burung gergasi dan pelbagai tempat yang cantik dan menarik. Terdapat juga beberapa ekor kuda di sini yang boleh ditunggang tapi kena bayarlah. Kiteorang juga berkesempatan menikmati minum petang di sebuah cafe di tengah sawah padi. 

Di sini, pengunjung juga boleh menyewa basikal untuk berbasikal di sekitar kampung dan sawah padi. Aktiviti ini sangat sesuai untuk korang yang ingin menikmati suasana kampung sambil menghirup udara segar. 

Di Kampung Agong ini juga korang boleh tengok, pegang dan tunjuk padi kepada anak-anak secara dekat di situ. 






Kemudahan yang Disediakan di Kampung Agong

Di Kampong Agong ada menyediakan kemudahan kepada para pengunjung. Antara kemudahan yang paling dicari oleh para pengunjung adalah tandas. Korang tak perlu risau terutamanya yang ada anak kecil. Diorang ni suka sangat pergi tandas kan termasuklah anak Marina. Tandas dan budak kecil berpisah tiada. Tandas dia pun lawa.  Dinding di tandas dilukis dengan lukisan yang bertemakan sawah bendang. Sejuk je mata memandang. Selain itu, di sini juga disediakan surau untuk memudahkan para pengunjung untuk solat di sini.

Terdapat juga gerai-gerai yang menjual pelbagai cenderahati yang merupakan kraftangan daripada penduduk kampung seperti beg.





Homestay di Kampung Agong

Selepas dah habis tawaf di Kampung Agong dan dalam perjalanan nak balik menuju ke kereta, kiteorang perasan ada homestay di situ. Menarik sebab rumahnya bercirikan rumah kayu tradisional Melayu dengan pemandangan sawah padi dan kolam teratai. Mesti best terutamanya semasa Hari Raya. Dapatlah korang merasai suasana kehidupan di kampung. 

Selain daripada itu, Kampung Agong juga menyediakan pondok-pondok kecil di mana korang boleh duduk dan makan bersama-sama. Tempat ini memang sesuai untuk korang yang mahu berkumpul dan menikmati masa bersama di tengah-tengah keindahan alam semula jadi.


Pengalaman di Kampung Agong

Marina tak bagitahu lagikan sebab sebenar Marina datang berkunjung ke Kampung Agong ni kan? Sebenarnya sebab utama Marina nak datang ke sini adalah sebab nak tengok gelagat angsa dan ayam yang pernah tular di Tiktok. Marina pasti mesti video angsa mengejar pengunjung di situ sebab mengganggu kawannya, ayam, FYP di tiktok korang kan? Masa Marina berkunjung ke Kampung Agong ni, tiada sesiapa yang ganggu ayam tu, dapatlah angsa tu bertenang sekejap.

Kampung Agong ni bukan sekadar korang dapat lihat pemandangan indah, tetapi ia juga memberikan pengalaman unik di mana pengunjung boleh merasai kehidupan kampung yang sebenar. Dengan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk semua, dari anak-anak kecil hingga orang dewasa, tempat ini benar-benar sesuai untuk percutian singkat yang menenangkan. 






Post a Comment

0 Comments