Review Neta EV : Pilihan Mampu Milik Ubah Persepsi Tentang Kereta Elektrik

Review Neta EV : Pilihan Mampu Milik Ubah Persepsi Tentang Kereta Elektrik | Kalau sebut pasal EV, mesti ramai yang fikir, "Mahal, tak mampu, susah nak jaga." Memang tak dinafikan, itulah persepsi kebanyakan orang apabila dengar tentang kereta elektrik (EV). Tapi, hakikatnya, industri EV sekarang dah banyak berubah. Dari harga yang semakin mampu milik hinggalah teknologi yang makin mesra pengguna, EV bukan lagi satu kemewahan untuk golongan tertentu sahaja. Malah, dengan semakin banyak model seperti Neta muncul di pasaran, memiliki EV kini lebih mudah dan praktikal. Neta? Haaa pernah dengar tak? Nak dijadikan cerita, Marina sendiri dah jejakkan kaki ke showroom Neta Auto di Ipoh ni. Sebelum cerita lebih mendalam tentang kereta elektrik Neta, jom Marina share sikit dulu latar belakang tentang jenama Neta ni. 





Latar Belakang Mengenai Kereta Neta – Revolusi EV dari China

Neta merupakan sebuah jenama dari China yang dimiliki oleh Hozon Auto, telah berkembang pesat dalam pasaran kenderaan elektrik. Neta telah ditubuhkan pada tahun 2014 dan mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2023. Neta telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan teknologi EV yang mampu memenuhi keperluan pengguna masa kini. Di Malaysia, jenama ini semakin dikenali kerana modelnya yang futuristik, kreatif dan berdaya saing dari segi harga.

Neta Malaysia mempunyai perancangan untuk memperluaskan operasinya dengan membuka kilang pemasangan di Malaysia. Langkah ini bukan sahaja akan mengukuhkan kehadiran jenama Neta dalam pasaran automotif tempatan, tetapi juga akan memberi impak besar kepada industri EV di Malaysia. Dengan adanya kilang sendiri, Neta dapat menawarkan kereta elektrik yang lebih mampu milik serta meningkatkan tahap perkhidmatan selepas jualan. Perancangan ini juga dijangka membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat tempatan dan menyokong inisiatif hijau negara untuk mengurangkan jejak karbon melalui penggunaan kenderaan elektrik.



Ciri-Ciri Neta EV Mendapat Perhatian di Malaysia

Kereta Neta merupakan satu jenama yang semakin mendapat perhatian dalam pasaran automotif Malaysia. Neta dilihat sebagai pemain penting dalam industri ini memandangkan permintaan untuk kenderaan elektrik (EV) yang meningkat dan trend kini yang beralih kepada teknologi hijau yang semakin meningkat. 

Apa yang spesialnya kereta Neta ini adalah ia menggunakan Teknologi Yunhe Platform untuk menyokong pelbagai bentuk badan dan sistem kuasa EV. Di sini, Marina kongsikan apa yang menarik tentang kereta Neta dan kenapa ia patut menjadi pilihan korang, terutamanya yang sedang mencari kenderaan mesra alam, berprestasi dan berbaloi untuk wang korang.

Satu aspek yang menjadikan kereta Neta menonjol adalah reka bentuknya yang moden dan futuristik. Bagi mereka yang mencari EV yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga bergaya, Neta tidak mengecewakan. Garis-garis badan yang aerodinamik, lampu LED yang tajam, serta reka bentuk dalaman yang minimalis tetapi elegan menjadikan Neta sebuah kenderaan yang menarik perhatian di jalan raya.

Namun, bukan sahaja reka bentuk yang membuat Neta menonjol. Teknologi yang diterapkan dalam kereta Neta juga berada di tahap yang tinggi. Antaranya adalah sistem pemanduan separa automatik yang membantu memudahkan pemanduan jarak jauh. Ciri-ciri seperti adaptive cruise control, lane-keeping assist dan autonomous emergency braking memberikan rasa keselamatan yang tinggi kepada pemandu dan penumpang.

Selain itu, Neta juga menyediakan paparan digital canggih di bahagian papan pemuka yang memberikan maklumat lengkap tentang kenderaan, dari kadar bateri hingga ke sistem hiburan. Integrasi teknologi pintar ini memberi pengalaman pemanduan yang lebih efisien dan memudahkan pengguna mengawal pelbagai aspek kenderaan melalui sentuhan jari sahaja.

Pada masa ini, hanya Neta V dan Neta X yang berada di pasaran Malaysia. Kedua-dua model ini direka untuk memberi pengguna pilihan yang murah tetapi berkualiti tinggi tanpa mengabaikan prestasi.


Neta V

Neta V adalah kereta elektrik yang direka untuk menjadi pilihan mampu milik di pasaran Malaysia. Di sini Marina kongsikan ciri-ciri Neta V yang menarik minat Marina iaitu Neta V ni mempunyai reverse kamera. Spesifikasi selebihnya korang boleh ke showroom Neta yang berhampiran korang. Dengan harga bermula dari RM 99,300, ia menawarkan jarak pemanduan hingga 380 km selepas pengecasan penuh. 

Neta V didatangkan dengan 6 warna menarik yang boleh korang pilih iaitu White Storm, Midnight Gray, Cyan, Sky Blue, Sakura Pink dan Moonlight Green. 






Neta X

Berbanding dengan Neta V, Neta X menawarkan lebih banyak ciri-ciri yang menarik. Neta X adalah SUV elektrik yang lebih besar dan berkuasa, direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih premium. Ia dilengkapi dengan teknologi terkini dan ruang yang lebih luas untuk keselesaan penumpang. Apa yang menarik minat Marina ialah bila korang nak laraskan kerusi pemandu atau penumpang depan, korang cuma perlu tarik suis dan kerusi tu akan bergerak secara automatik."

Apa yang menarik minat Marina adalah apabila korang nak laraskan kerusi pemandu dan penumpang di bahagian hadapan, korang hanya perlu tarik suis dan kerusi akan bergerak dengan sendirinya. 
Satu lagi ciri yang Marina suka adalah ia mempunyai kamera 360 darjah. Korang boleh tengok di screen di dalam kereta keadaan sekeliling di luar kereta. 

Selain itu, Neta X dilengkapi dengan sunroof yang boleh dibuka, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih menyenangkan. Budak-budak mesti teruja apabila melihat kereta dengan sunroof yang boleh dibuka ni, sebab diorangkan suka keluarkan kepala dan merasai angin segar yang bertiup masuk.  

Neta X didatangkan dengan 5 warna yang boleh korang pilih iaitu Pearl White, Sky Grey, Jet Black, Glacier Blue dan Amber Brown.

Spesifikasi terperinci korang boleh ke showroom Neta untuk tengok sendiri. 







Kenapa Neta Jadi Pilihan Utama EV? Ini 6 Kelebihan dan Keistimewaan Neta!

Apabila bercakap tentang kereta elektrik (EV), banyak pilihan yang berada di pasaran. Kenapa Neta patut menjadi pilihan utama korang? Di sini Marina kongsikan kelebihan dan keistimewaan Neta berbanding jenama EV lain untuk korang yang tengah survey EV.


Harga Mampu Milik Tanpa Kompromi Kualiti 

Kebanyakan EV yang berada di pasaran memang canggih, tapi harganya menyebabkan kita berfikir banyak kali. Neta menawarkan harga yang lebih mesra poket, menjadikannya pilihan ideal untuk pengguna yang baru nak berjinak-jinak dengan EV. Walaupun harganya lebih rendah, Neta tetap tak kompromi dari segi teknologi dan prestasi.


Ciri Mesra Alam yang Praktikal 

Neta direka khas untuk pengguna yang nak ubah gaya hidup kepada lebih hijau tanpa perlu risau tentang jarak pemanduan. Dengan bateri yang tahan lama, ia menawarkan jarak pemanduan yang kompetitif. So, tak perlu stress fikir nak cari charging station sepanjang masa.


Rekaan Futuristik yang Praktikal 

Walaupun murah, rekaan Neta tetap stylish dan sleek. Ia memberikan rasa moden dan futuristik, tapi pada masa sama sangat praktikal untuk kegunaan harian. 


Teknologi Canggih 

Neta terkenal kerana teknologinya. Pelbagai fitur canggih EV ini termasuk kawalan pintar, sistem keselamatan yang canggih dan paparan digital yang besar. Ia setanding dengan jenama EV premium yang lain, tetapi pada harga lebih berbaloi.


Kos Penyelenggaraan Rendah 

Berbanding EV lain yang mungkin memerlukan kos penyelenggaraan tinggi, Neta jauh lebih mudah dan murah untuk dijaga. 

Salah satu kelebihan kereta Neta ialah sistem baterinya yang modular. Bateri Neta dibahagikan kepada 4 modul berasingan, jadi kalau satu rosak, korang tak perlu ganti keseluruhan bateri. Korang cuma perlu tukar modul yang rosak je dan ini boleh jimat kos penyelenggaraan dengan ketara. Teknologi seperti ini menjadikan Neta bukan saja mesra alam, tapi juga mesra poket!


Jarak Pemanduan yang Jauh

Salah satu kebimbangan utama pengguna EV adalah jarak pemanduan. Namun, Neta telah berjaya mengatasi isu ini dengan menawarkan bateri yang mampu memberikan jarak pemanduan yang lebih panjang dengan sekali caj. Sebagai contoh, Neta V mampu bergerak sehingga 380km dengan penuh caj, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak jauh.


Neta Terbaik untuk Para Campers!

Kereta Neta dilengkapi dengan ciri menarik iaitu external power bank yang dijual berasingan menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti luar seperti camping. Dengan kuasa yang mencukupi, power bank ini membolehkan pengguna untuk mengecas peranti elektronik seperti telefon pintar, laptop, dan peralatan camping lain tanpa perlu risau tentang kehabisan bateri.

Ciri ini sangat berguna untuk mereka yang suka beraktiviti di luar, kerana ia memberikan kemudahan dan kebebasan untuk menikmati masa tanpa terikat dengan sumber kuasa tetap. Selain itu, dengan external power bank Neta, korang boleh merasai pengalaman berkhemah dengan lebih selesa, tanpa kehilangan sambungan dengan dunia luar. Ini menjadikan Neta bukan hanya sebuah kereta elektrik, tetapi juga satu solusi praktikal untuk gaya hidup aktif dan mesra alam.

Selain itu, apa yang bestnya kereta Neta ni, ruang bonet keretanya sangat luas dan mampu memuatkan banyak barang, menjadikannya ideal untuk barang camping korang. 



Review Marina Tentang Kereta Neta

Secara jujur, kereta Neta ni memang menarik perhatian Marina. Walaupun Marina belum berkesempatan untuk memandu sendiri, tetapi Marina telah merasai pengalaman perjalanan dengan kereta Neta apabila kakitangan di situ yang membawa kami. Marina tak berani nak memandu kerana sistem gear dikendalikan melalui bahagian signal, jadi tangan kiri korang bebas tanpa perlu mengendalikan gear yang biasa di bawah sebelah kiri. Neta memberikan pengalaman pemanduan yang sangat lancar, walaupun ketika melalui permukaan jalan yang tidak rata. Suspensinya bekerja dengan baik, memastikan perjalanan tetap selesa tanpa gangguan yang ketara, menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis permukaan jalan.

Dari luaran je Neta ni dah nampak bergaya dan futuristik, tapi yang paling buat Marina kagum ialah ciri-ciri dalamannya. EV ni dilengkapi dengan teknologi moden yang mesra pengguna serta penuh dengan fitur canggih, buatkan pemanduan terasa lebih seronok. Tak sangka kereta macam ni boleh jadi mampu milik dan senang diakses. Kalau sebelum ni Marina rasa ragu-ragu dengan kereta elektrik, sekarang pandangan tu memang berubah terus!

Kereta Neta merupakan satu pilihan menarik untuk korang yang ingin beralih kepada kenderaan elektrik. Dengan reka bentuk yang menarik, teknologi canggih, kos operasi yang rendah, serta komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, Neta adalah satu jenama yang patut dipertimbangkan.

Bagi korang yang mencari EV pertama atau ingin menaik taraf kenderaan lama kepada yang lebih mesra alam, Neta menawarkan gabungan prestasi, gaya dan kos efektif. Walaupun masih terdapat cabaran dari segi infrastruktur pengecasan, masa depan EV di Malaysia kelihatan cerah dan Neta berada di barisan hadapan dalam revolusi ini.

Kalau korang sedang mencari kereta elektrik yang berbaloi, Neta pilihan yang tepat untuk korang. 






Datang Beramai-ramai ke Perasmian Neta Auto Ipoh dan Nikmati Tawaran Terbaik untuk Semua Bakal Pembeli Neta V!

Pada 10 Oktober 2024, Neta Malaysia akan melancarkan showroom terbarunya di Neta Auto Ipoh. Pelbagai acara menarik menanti, termasuk peluang untuk korang test drive Neta sendiri! 

Secara eksklusifnya Marina diberitahu, Neta membuat tawaran istimewa untuk semua bakal pembeli Neta. Neta menawarkan rebate sebanyak RM23,000 dan jaminan seumur hidup (lifetime warranty) untuk bateri, motor dan MCU untuk 500 pembeli yang terawal bagi model kereta elektrik Neta V!

Lebih menarik lagi, tawaran ini memberikan pemilik perlindungan jangka panjang dan penjimatan yang besar. Neta V mempunyai ciri-ciri inovatif dan teknologi terkini untuk memenuhi keperluan pemilik kereta moden dan menyokong komitmen mereka terhadap kelestarian alam sekitar.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan Neta V, kereta elektrik yang murah dan mesra alam. Kunjungi ke showroom terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tawaran hebat ini sebelum ia berakhir!


Lokasi Neta Auto Ipoh

Sebarang pertanyaan atau untuk menempah test drive, korang boleh hubungi mereka di :

Alamat :
16245, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Taman Gopeng, 30250 Ipoh, Perak

Telefon : 013-254 3152 


Post a Comment

0 Comments