Pelancaran Showroom Neta Auto Ipoh | Baru-baru ini, Marina ke pelancaran showroom terbaharu Neta Malaysia iaitu di Neta Auto Ipoh yang merupakan pusat pameran kereta Neta yang ke-11 di dalam Malaysia. Neta EV merupakan satu jenama kereta elektrik (EV) yang telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun 2023. Majlis perasmian yang berlangsung pada 10 Oktober 2024 ini diadakan dengan penuh meriah. Acara ini bermula dengan perasmian showroom Neta Auto Ipoh sehinggalah ke memperkenalkan kereta elektrik Neta kepada para pengunjung.
Para pengunjung berpeluang untuk duduk di dalam kereta dan melihat sendiri suasana dalaman kereta dengan lebih dekat. Mereka boleh menilai keselesaan tempat duduk, reka bentuk dashboard yang moden serta kemudahan teknologi yang disediakan.
Majlis Perasmian Pembukaan Cawangan Baru Neta EV
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Encik Lim Kwee Shyan, CEO Careplus Group Berhad. Pembukaan cawangan baru ini bukan sahaja mencerminkan komitmen Neta terhadap inovasi dan kemampanan, tetapi juga keazaman untuk menerajui industri automotif ke arah yang lebih hijau.
"Saya berharap pusat pameran ini akan menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang mencari maklumat tentang kereta elektrik dan menjadi platform untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar," kata Lim Kwee Shyan.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan seterusnya acara menandatangani plat oleh YB Nga Kor Ming diadakan.
"Perasmian showroom ini adalah satu langkah penting dalam usaha kita menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negara kita. Dalam menghadapi cabaran perubahan iklim dan penurunan kualiti udara, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk beralih kepada sumber tenaga yang lebih bersih. Kenderaan elektrik bukan sahaja mampu mengurangkan emisi karbon, tetapi juga membantu kita menjimatkan kos bahan api dan penyelenggaraan," kata YB Nga Kor Ming.
Pelbagai persembahan dan aktiviti diadakan sepanjang perasmian ini untuk memastikan semua hadirin terhibur.
Aktiviti di Majlis Pelancaran Neta Auto Ipoh
Tetamu kehormat diiringi ke pintu utama Neta Auto Ipoh untuk melaksanakan acara simbolik memotong reben, menandakan pembukaan rasmi showroom tersebut. Sebaik sahaja reben dipotong, persembahan tarian naga yang memukau terus mengambil alih perhatian hadirin.
Seterusnya, persembahan drum yang bertenaga dipertotonkan di hadapan tetamu kehormat, membangkitkan semangat para pengunjung. Tarian naga yang terus menari mengikut rentak drum menambahkan lagi elemen tradisional kepada majlis, menggabungkan budaya dengan teknologi moden, menjadikan majlis lebih meriah.
Selepas persembahan drum yang menggegarkan suasana, acara diteruskan dengan pertunjukan mercun yang menambah kemeriahan majlis. Deretan mercun dinyalakan, menghasilkan bunyi yang meriah dan mengagumkan para hadirin.
Pertunjukan ini mencipta momen penuh simbolik dan harapan besar Neta untuk meraih kejayaan dan membawa tuah dalam usaha mereka di pasaran Malaysia.
Semasa majlis perasmian ini, para pengunjung dijamu dengan pelbagai hidangan makanan percuma. Pelbagai jenis makanan yang disajikan untuk para pengunjung seperti nasi goreng, chicken chop, kek, sehinggalah ke buah-buahan segar. Pengunjung yang hadir boleh bersantai dan berborak sambil menjamu makanan serta mengenali lebih lanjut tentang jenama Neta dan produk-produk yang mereka tawarkan.
Perancangan Neta Auto Ipoh di Masa Hadapan
Secara keseluruhan, pelancaran Neta Auto Ipoh mewujudkan pengalaman yang penuh dengan warna dan makna. Majlis ini memberikan pengunjung peluang untuk mengenali teknologi moden Neta dan menonjolkan identiti budaya tempatan melalui persembahan budaya yang memukau seperti tarian naga dan pertunjukan mercun. Peluang untuk mencuba kereta elektrik Neta secara peribadi memberikan dimensi interaktif yang sangat menarik, membuka mata ramai tentang kemungkinan kereta elektrik yang mampu milik dan mudah didapati.
Pelancaran ini bukan sekadar perasmian pusat pameran baru, malahan ia adalah usaha strategik untuk mendekati Neta lebih dekat dengan rakyat Malaysia. Dengan kehadiran pusat pameran ini, Neta dilihat semakin hampir dengan matlamat mereka untuk menjadi peneraju dalam industri EV di Malaysia. Neta kini menjadi jenama yang patut dipertimbangkan bagi mereka yang mencari pilihan kenderaan elektrik yang berbaloi dan mesra alam.
Neta Auto Ipoh berhasrat untuk menubuhkan pusat servis lengkap di mana pemilik kereta Neta boleh menservis kenderaan mereka. Ini akan menjadikan Neta Auto Ipoh sebagai satu-satunya lokasi di mana pelanggan boleh mendapatkan segala keperluan perkhidmatan kereta elektrik mereka, tanpa perlu ke tempat lain. Semua urusan servis, cucian kereta dan penjagaan kenderaan dapat diselesaikan di satu tempat sahaja.
Neta Auto Ipoh juga merancang untuk menyediakan perkhidmatan cucian kereta di showroom mereka. Menariknya, semua pengunjung boleh menggunakan kemudahan ini untuk mencuci kenderaan mereka, menjadikan Neta Auto Ipoh sebagai pusat yang lengkap untuk keperluan kenderaan. Berita baik buat pelanggan Neta, mereka akan menikmati cucian kereta secara percuma sebagai bonus tambahan.
Lebih menarik lagi, Neta turut merancang untuk membuka sebuah kafe di showroom ini. Ini akan menjadikan kunjungan korang ke Neta Auto Ipoh menjadi lebih santai. Pengunjung boleh menikmati minuman dan makanan di kafe tersebut sambil melihat-lihat model kereta terkini atau menunggu kenderaan korang diservis. Dengan konsep ini, Neta Auto Ipoh bukan sahaja menyediakan perkhidmatan automotif tetapi juga mewujudkan persekitaran yang mesra pengguna dan komuniti menjadikan setiap kunjungan lebih bermakna.
Lokasi Neta Auto Ipoh
Sebarang pertanyaan atau untuk menempah test drive, korang boleh hubungi mereka di :
16245, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Taman Gopeng, 30250 Ipoh, Perak
Telefon : 013-254 3152
0 Comments