Mengambil Bahagian Di Lelongan Koleksi "Rare" di Pameran Succulent Keempat di Ipoh Parade

Mengambil Bahagian Di Lelongan Koleksi "Rare" Pameran Succulent Keempat di Ipoh Parade | Succulent dan kaktus sama ke? Peminat tumbuh-tumbuhan sukulen tolong bagitahu sat. Masa Marina pergi ke Pameran Succulent 4.0 di Ipoh Parade 30 November yang lepas, dapatlah tahu mana yang dipanggil sukulen dan yang mana satu kaktus. Satgi Marina cerita lebih details beserta gambar-gambar.

Pameran sukulen pada kali ini, Pengasas Cactus Boy, Koh Kuan Meng, yang dikenali sebagai Ah Boy, membawa spesis sukulen yang menjadi kegilaan di pasaran China! Pameran Sukulen kali keempat ini menjadi inspirasi apabila Ah Boy terserempak peminat succulent dari negara berbeza di Yunnan, China. Mereka berkongsi minat yang sama dan mendalam terhadap tumbuhan sukulen! Pengasas Cactus Boy, Koh Kuan Meng berjumpa dengan peminat sukulen sepertinya apabila dia sedang mencari peluang pasaran baru di China. Semua koleksi sukulen ini dipamerkan di Ipoh Parade pada 29 November hingga 1 Disember 2024 yang lepas.

Ipoh Parade

Sukulen Eksotik seperti Naga Tidur Menjadi Trend Peminat Sukulen : "Ah Boy" Meluaskan Pencarian Sukulen Di Luar Negara untuk Peminat Sukulen Di Malaysia

Permintaan untuk hibrid semakin meningkat. Walaupun ada banyak jenis sukulen, peminat tetap nak sesuatu yang lebih unik. Mereka dah tak lagi teruja dengan roset besar dan berwarna-warni, tapi lebih berminat pada mutasi genetik. Sukulen eksotik "cristates" yang nampak seperti naga tidur atau landskap mini Teluk Ha Long tiba-tiba menjadi trend. Permintaan untuk spesies yang jarang ditemui ni semakin melonjak, sehingga harga sukulen baharu ini naik dengan mendadak.

Sebagai seorang yang aktif dalam industri ini dan penyokong setia penanam tempatan di Cameron Highlands, Koh perasan satu perkara iaitu kalau peminat tak dapat koleksi sukulen baharu setiap musim, minat mereka akan pudar. Walaupun "Ah Boy" masih bergantung pada bekalan dari kawasan tanah tinggi untuk tanam sukulen yang biasa dan "selamat," Koh tahu daya tarikan sukulen bergantung pada kemunculan hibrid baru. Bagi memastikan Cactus Boy Nursery terus bertahan, "Ah Boy" meluaskan pencariannya sehingga ke luar negara.  

Koh mula melihat peluang di Thailand, negara jiran yang sedang mengalami ledakan populariti kaktus. Selepas menerima jemputan melawat daripada seorang pengusaha nurseri di sana, Koh berjaya membina hubungan dengan lebih ramai penanam Thai. Dengan sikap mesra dan semangatnya untuk tumbuhan berkualiti tinggi, dia memastikan bekalan kaktus Thai yang stabil dan pembekal setia.

Kemudian, melalui seorang rakan, Koh diperkenalkan kepada penanam sukulen di Yunnan, China, Xu Jiang Ping, yang juga merupakan saudara jauh. Xu, seorang penanam yang pakar dalam sukulen tua tanpa bahan kimia, berkongsi minat yang sama dengan Koh. Mereka sepakat untuk bekerjasama dalam projek bersama, di mana Xu akan membekalkan sukulen organik ke Malaysia melalui Cactus Boy Nursery.

“Kepuasan terbesar dalam perjalanan saya sebagai usahawan bukan sekadar keuntungan, tetapi pada persahabatan dengan pemilik nurseri terbaik di rantau ini, interaksi dengan pelanggan setia, dan sokongan mereka yang berterusan. Saya hargai hubungan ini sama seperti saya hargai sukulen saya, dan saya percaya untuk menjaga ikatan ini selagi saya mampu berjaya,” kata Koh.


Apa Beza Sukulen dan Kaktus? 

Korang nak tahu apa beza sukulen dan kaktus? Kalau korang nak tahu, sukulen adalah tumbuhan yang boleh menyimpan air dalam daun, batang atau akarnya. Sebab tu, sukulen biasanya nampak montok, gebu, atau berisi, contohnya aloe vera. Sukulen tumbuh di tempat yang kering dan panas, ia boleh hidup lama tanpa air.

Manakala kaktus pula adalah juga merupakan dalam kategori sukulen. Semua kaktus adalah sukulen, tapi tak semua sukulen adalah kaktus. Bezanya kaktus, ia ada areoles, iaitu bintik kecil pada batang di mana duri tumbuh. Haaa tahu dah kan bezanya? Cuba tengok kaktus korang ada tak areoles tu. Ini ciri khas kaktus yang sukulen lain tak ada.

Kaktus yang 4 sebelah kiri. Sukulen yang 3 sebelah kanan


Lebih 100 Jenis Sukulen Dari China!

Banyak ye sukulen yang comel-comel di pameran ni. Marina pun teracun juga beli kaktus di sini. Beli yang murah je. Walaupun murah still cantik dan comel. Cakap pasal beli kaktus ni, nanti selanjutnya Marina ceritakan pengalaman Marina beli kaktus masa pameran ni. 

Pameran sukulen pada kali ini  mempamerkan lebih 100 jenis sukulen yang diimport dari China, termasuklah pelbagai tumbuhan sukulen berwarna merah jambu seperti Lavender Pebbles, Echeveria Monroe, Echeveria Snow Angel dan Cream Puff. Serius cantik sukulen warna pink ni macam gula-gula! Selain itu, Kuan Meng juga  mempamerkan koleksi terbaru spesies kaktus unik dari Thailand, yang sedang menjadi trend di negara tersebut.

Sukulen pink
Sukulen pink



Mengambil Bahagian di Lelongan Koleksi Eksklusif Sukulen

Tarikan utama pameran kali ini adalah Lelongan Sukulen Sulung, yang berlangsung pada Sabtu jam 3:30 petang. Marina juga turut mengambil bahagian pada acara lelongan koleksi "Rare" sukulen di Ipoh Parade ni. Peserta lelongan perlu mendaftar terlebih dahulu dan akan diberikan nombor untuk acara lelongan nanti. 

Koleksi eksklusif sukulen ini berasal dari pelbagai negara antaranya Mexico, South Afrika dan juga US. Disebabkan koleksi ini ada yang berkenan di hati Marina dan majoritinya harga lelongan majoritunya bermula dari RM0.00, Marina tak melepaskan peluang untuk turut mengambil bahagian. Ini merupakan kali pertama Marina join acara lelongan seumpama ini. Teringat pula iklan "Kuda Hitam untuk Ahmad". Eh betul ke? Pernah dengar tak? Hahaha.

Siapa yang taknak koleksi sukulen unik ni kalau boleh dapat dengan harga yang murah kan? Peminat sukulen berpeluang memiliki koleksi eksklusif yang jarang dijual secara komersial tau. Nilai sukulen dan kaktus ini ada yang mencecah ribuan ringgit. Mana tahu rezeki berjaya mendapatkan koleksi berharga pada harga murah kalau takde "bid" harga lagi tinggi kan?

Ternyata Marina tak berjaya ye nak dapatkan kaktus yang Marina berkenan ye. Persaingan sangat sengit kerana lelongan berlangsung serentak secara online dan offline. Kaktus jenis Astrophytum myriostigma mendapat bidaan tertinggi sehingga mencecah RM200! Pembida yang berjaya, Caren Lim, menyatakan keterujaannya dan gembira berjaya memiliki koleksi tersebut pada harga yang berpatutan. Kalau dah hobi diorang ni  memang kumpul koleksi sukulen ni,  berhabis ribuan ringgit pun sanggupkan?


Cactus Boy Nursery

Antara kaktus yang dilelong


Pelbagai Aktiviti di Succulent Fair

Sebenarnya banyak aktiviti yang diadakan di Pameran Sukulen Keempat di Ipoh Parade ni, antaranya cabutan bertuah, sesi perkongsian bersama "Ah Boy", demo platycerium mounting, bengkel sukulen, "Review & Redeem", "Guess & Win" dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik.

Marina hanya sempat mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang dijalankan iaitu "Review & Redeem" dan "Blind Box".


Review & Redeem

Semasa di pameran, Marina diberitahu oleh staf di sana bahawa kalau Marina buat Google Review untuk Cactus Boy Nursery, Marina akan dapat pilih satu tumbuhan sukulen secara PERCUMA! Seronok kan? Sementara itu, kalau Marina buat review untuk Ipoh Parade, Marina akan diberikan keychain yang boleh di-customize! Gambar pada keychain tu boleh guna gambar sendiri, anak-anak Marinalah yang paling teruja nak keychain tu.
 

Beli Sukulen Melalui Blind Box!

Marina memang tengah mencari kaktus untuk ditanam di rumah. Dapat tahu ada pameran sukulen di Ipoh Parade, terus Marina singgah nak tengok koleksi yang ada. Masa memilih Marina tanya staf di situ, macam mana dengan pembungkusan kalau beli kaktus. Staf tu tunjuk kotak yang disediakan. Menariknya, kalau beli tumbuhan sukulen di situ, kita sendiri ambil dan susun dalam kotak tu. 

Tapi bukan itu saja! Staf di situ juga terangkan tentang "Blind Box". Marina perlu beli voucher RM20 di kaunter dan kemudian bawa resit ke bahagian "Blind Box". Di situ, kita boleh pilih sampul-sampul misteri yang dilekatkan pada kotak. Dalam setiap sampul tu ada nilai wang yang boleh ditebus untuk beli sukulen. Kalau nasib baik, boleh dapat nilai hingga ratusan ringgit! Saja nak memeriahkan suasana, Marina beli voucher RM20. Selepas dah pilih sampul, bukak sampul tu, kad dalam sampul tu menunjukkan nilai RM25. Marina dapat RM25! Seronok jugalah sebab dapat RM5 lebih. Walaupun tak banyak, rasa berbaloi dan puas hati.

Seronok sangat pameran sukulen ni. Anak-anak Marinalah paling gembira sebab dapat apa yang dia nak di pameran ni. Kalau ada lagi pameran sebegini, for sure diorang nak pergi lagi.




Post a Comment

0 Comments