Review Filem Kahar: Kapla High Council - Kisah Perjuangan, Konflik, dan Transformasi

Kahar: Kapla High Council - Kisah Perjuangan, Konflik dan Transformasi | Dah lama sebenarnya Marina tak review movie ni sebab terfikir, macam ada ke yang nak baca blog? Tapi kali ini Marina terpanggil pulak nak review movie Kahar: Kapla High Council sebab mesej yang disampaikan di dalam cerita ini pada Marina agak menarik untuk anak-anak bawah umur, walaupun cerita ni sebenarnya untuk tontonan 18 tahun ke atas. Kanak-kanak sebenarnya tak berapa nak sesuai tengok cerita ni sebab ada babak pergaduhan yang agak ganas.

Actually anak-anak Marina dah layan drama Projek High Coucil ni di Netflix terlebih dahulu. Marina rasa drama ni lagi ganas daripada movie. Diorang ni lebih minat tengok abang-abang hensem dalam cerita ni je sebenarnya. (dengan harapan diorang tak terpengaruh dengan perkara yang negatif) 

Jujur cakap, asalnya hari tu nak pergi GSC untuk tengok filem Kahar ni. Tiket dah beli, tapi sebelum beli tu agak ragu-ragu jugak, boleh ke budak masuk sebab filem ni untuk 18 tahun ke atas. Disebabkan anak nak tengok jugak dan fikirkan mungkin boleh sebab ada parents, jadi kiteorang assume boleh kot. Tapi akhirnya, pihak pengurusan tak benarkan budak masuk sebab takut KPDN ambush. Tetapi akhirnya, pihak pengurusan tak lepaskan budak untuk tengok cerita ni, sebab diorang takut KPDN ambush. Makanya pada hari tu, disebabkan tiket tak boleh refund, kiteorang tengok cerita Moana 2. Mujur best jugak ceritanye.

Lepas kejadian tersebut, tetiba keluar pulak live dari akaun Tiktok TGV, diorang kata budak boleh tengok cerita Kahar kalau ditemani oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas. Apalagi, kiteorang plan lagi sekali untuk pergi tengok movie ni.

Filem                   : Kahar: Kapla High Council
Genre                  : Action, Drama
Running Time  :  1 Jam 42 Minit
Pelakon Utama: Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu
Pengarah            : Razaisyam Rashid

Kahar Kapla High Council


Sinopsis

Filem Kahar: Kapla High Council mengisahkan perjalanan seorang remaja yang menghadapi masalah peribadi yang memberi kesan kepada hidupnya. Filem ini menggambarkan bagaimana Kahar, seorang pelajar tingkatan empat, berubah daripada seorang remaja biasa kepada seorang pemimpin kontroversi di High Council yang digelar "Kapla."

Kisah ini bermula pada tahun 2005 di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), di mana Kahar, anak bongsu Dato' Abu Yamin, berusaha untuk memenuhi harapan tinggi keluarganya. Sebagai anak kepada seorang tokoh terkenal dan bekas pelajar KUDRAT, Kahar sentiasa mendapat bantuan daripada ayahnya. Abangnya, seorang ketua pengawas yang dihormati, menetapkan standard yang sukar untuk dicapai. Dalam keadaan tertekan ini, Kahar berusaha untuk menentukan tempatnya dalam masyarakat elit KUDRAT.

Dalam usaha untuk melindungi kawan baiknya, Kahar secara tidak sengaja menyertai pilihan raya KUDRAT, sebuah tradisi di sekolah yang menjadi medan kuasa pelajar. Walaupun niat pada mulanya murni, keadaan menjadi semakin rumit apabila Kahar mula menyedari kuasa yang boleh dia gunakan untuk mempengaruhi orang lain. Perlahan-lahan, Kahar berubah daripada seorang yang pendiam dan sering memendam rasa menjadi seorang yang berani mengambil risiko, walaupun dengan cara yang semakin bertentangan dengan prinsip moralnya.


Review Filem

Bagi Marina, Kahar: Kapla High Council bukan sekadar filem untuk hiburan, tapi juga penuh dengan mesej bermakna yang dekat dengan kehidupan remaja dan masyarakat. Filem ini berjaya menyampaikan cerita tentang identiti, kuasa dan hubungan kekeluargaan dengan cara yang mampu menyentuh emosi dan membuat kita berfikir.

Watak Kahar menggambarkan perjalanan hidup yang penuh cabaran, dari seorang remaja biasa yang tertekan dengan keluarga sehingga menjadi individu yang terpengaruh dengan kuasa. Kisah ini sangat dekat dengan kehidupan kita dan membuat penonton berfikir tentang pilihan mereka sendiri.

Marina rasa apa yang paling menonjol dalam filem ini adalah hubungan antara Kahar dan abangnya, serta Dato' Abu Yamin, ayahnya. Tekanan yang ditanggung oleh Kahar sangat berat kerana harapan tinggi yang diletakkan di bahunya oleh keluarganya. Dalam masa yang sama, persahabatan Kahar dengan rakan-rakannya di KUDRAT menunjukkan bahawa persahabatan boleh menjadi kekuatan tetapi juga kelemahan jika disalahgunakan.

Filem ini seperti gambaran kehidupan masyarakat kita pada masa kini, yang mengutamakan hierarki, kuasa dan reputasi terutama dalam kalangan orang atasan. Di sekolah, perkara ni ditunjukkan melalui tradisi Pilihanraya KUDRAT yang melatih pelajar untuk menjadi pemimpin. Walau bagaimanapun, terdapat peluang untuk dimanipulasi dan berlakunya permainan kuasa.


Pengajaran dan Mesej yang Didapati daripada Filem Ini

Pelbagai mesej penting mengenai kehidupan, pilihan yang kita buat dan nilai dalam hubungan dengan keluarga, rakan dan masyarakat. Kisah ini menunjukkan bagaimana setiap pilihan dan tindakan membentuk siapa kita sebenarnya.


Tekanan Keluarga dan Harapan Keluarga

Filem ini mengingatkan kita bahawa emosi dan tingkah laku seseorang, terutama remaja, boleh terjejas oleh tekanan berlebihan dan harapan yang tidak realistik daripada keluarga.


Kuasa Bukan Segalanya

Walaupun kuasa memberikan pengaruh, tetapi ia juga boleh membawa kepada kejatuhan sekiranya disalahgunakan. Kahar adalah contoh bagaimana kuasa yang salah boleh merosakkan perhubungan dan moral.


Persahabatan dan Pengkhianatan

Kisah ini menunjukkan pentingnya kepercayaan dalam persahabatan dan bagaimana pengkhianatan boleh merosakkan hubungan yang telah dibina.


Pilihan Hidup

Setiap keputusan yang dibuat, sama ada kecil atau besar, ada akibatnya. Filem ini mengingatkan kita untuk berfikir sebelum bertindak kerana pilihan kita membentuk masa depan.


Memahami Identiti Diri

Kahar menunjukkan bahawa tekanan untuk memenuhi harapan orang lain boleh menyebabkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya.


Pengaruh Persekitaran pada Perubahan Peribadi

Persekitaran dan situasi yang penuh dengan konflik boleh mempengaruhi seseorang, sama ada dengan cara yang positif atau negatif.


Keberanian untuk Mengambil Risiko

Filem ini mengajar kita untuk kekal berani dan yakin dalam membuat keputusan yang tepat walaupun kita menghadapi banyak cabaran.


Hubungan Kekeluargaan

Walaupun sering berbeza pendapat, Kahar tetap faham bahawa abangnya juga menghadapi tekanan dan cabaran sendiri. Walaupun ada perselisihan, Kahar masih peduli pada abangnya. Walaupun mereka bergaduh, ikatan mereka sebagai adik-beradik tetap kuat dan akhirnya mereka sedar bahawa memahami perasaan masing-masing penting untuk memperbaiki hubungan mereka.


Post a Comment

0 Comments