Kenali Ciri-Ciri Orang Narsisistik dan Cara Menghadapi

Kenali Ciri-Ciri Orang Narsisistik dan Cara Menghadapi | Pernah tak korang jumpa orang yang sukakan perhatian? Semua cerita mesti semua pasal dia, nak tunjuk dialah yang "terpaling". Kalau tegur sikit je, terus naik angin, tak boleh terima kritikan orang lain langsung! Kalau pernah, haa... besar kemungkinan korang tengah berdepan dengan orang narsisistik atau ada yang menyebutnya sebagai narsistik!

Confident tu dah bagus dah, tapi apabila korang bersikap narcissisme - ego, obses dengan kehebatan diri sendiri, kurang sifat empati dan seangkatan dengannya, boleh merosakkan hubungan korang dengan rakan, keluarga atau pasangan. 

Sebelum duk cakap orang tu narsistik, orang ni narsistik, jom cuba check diri sendiri, korang ni narsistik ke tidak.




Ciri-ciri Orang Narsisistik, Adakah Ini Penyakit?

Narcissism boleh menjadi masalah besar apabila ia melampaui batas dan menjadi tahap gangguan personaliti yang dikenali sebagai Narcissistic Personality Disorder (NPD). Kalau korang berhadapan dengan seseorang yang selalu menunjukkan ciri-ciri ini, mungkin sudah tiba masanya mereka ini merujuk kepada pakar.

Nak handle orang narcissistic ni bukan senang. Perlukan kesabaran yang tinggi dan sempadan yang jelas supaya korang tak 'terbakar' dalam proses tu. Paling penting, jaga emosi korang sendiri. Jangan sampai usaha nak faham mereka ni buat korang hilang keseimbangan hidup sendiri. Ciri-ciri orang narsisistik :


Rasa Diri Paling Hebat

Orang yang ada sifat ni selalunya rasa dia lebih hebat daripada orang lain. Mereka rasa pendapat, bakat atau kejayaan mereka jauh lebih baik daripada orang lain dan mereka ni kadangkala mengharapkan pujian atau penghormatan yang tidak sepadan dengan apa yang mereka buat.


Gila Pujian

Mereka ni tidak boleh hidup tanpa sokongan dan perhatian daripada orang lain. Mereka cepat menjadi rendah diri atau tersinggung kalau tidak ada yang memuji.


Kurang Empati

Mereka sukar untuk memahami atau memberi perhatian kepada perasaan orang lain. Ini menyebabkan mereka sering kelihatan mementingkan diri atau tidak sensitif dengan perasaan orang lain.


Cemburu atau Suka Bandingkan Dengan Orang Lain

Mereka sangat cemburu bila tengok kejayaan orang lain, tapi dalam masa yang sama, percaya orang lain pun cemburu pada mereka. Jadi, mereka sukar untuk gembira dengan kejayaan orang lain sebab diorang mesti nak bandingkan dengan diri mereka sendiri.


Manipulatif dan Mengawal

Sama ada mereka tahu atau tidak, mereka suka menggunakan orang lain untuk mencapai matlamat mereka. Mereka ni mahir dalam menggunakan strategi manipulasi untuk memastikan mereka sentiasa menang atau mendapat apa yang diinginkan.


Sukar Menerima Kritikan

Walaupun kelihatan yakin, mereka sangat lemah apabila dikritik. Kritikan kecil boleh mencetuskan kemarahan atau mereka akan menjauhkan diri.




Cara-Cara Menghadapi Orang Narsisistik

Berhadapan dengan orang narcissistic boleh buat korang rasa macam nak give up. Mereka pandai manipulasi, suka kuasai perbualan, dan kadang-kadang buat korang rasa diri tak cukup bagus. Namun, ada cara untuk menangani mereka dengan bijak supaya tak memudaratkan emosi korang.


Tetapkan Batasan dengan Tegas

Individu narcissistic sering melanggar batas, sama ada secara emosi, masa atau privasi korang. Jadi, penting untuk korang tegas dengan apa yang boleh diterima atau tidak. Kalau mereka cuba terlalu kawal situasi, cakap dengan tenang dan jelas:
"Saya perlukan ruang untuk buat keputusan sendiri."

Percayalah, bila korang konsisten dengan batasan ni, korang bukan je lindungi diri, tapi juga mengawal situasi dengan lebih matang.


Jangan Ambil Hati

Orang narcissistic ni selalu cakap atau buat benda tanpa fikir perasaan orang lain. Sebenarnya, apa yang mereka tunjuk tu lebih banyak tentang kekurangan dalam diri mereka sendiri, bukan pasal korang. Jadi, jangan biarkan apa yang mereka kata goyahkan keyakinan korang.


Jangan Cuba Ubah Mereka

Mereka yang narcissistic sukar untuk berubah, lagi-lagi kalau mereka sendiri tak rasa mereka ada masalah. Jadi, fokus pada cara korang respon terhadap mereka, bukan cuba nak tukar siapa mereka.


Elakkan Berbahas Tak Penting

Orang narcissistic suka menang dalam apa-apa perbincangan, walaupun isu kecil. Elakkan berbahas kalau tak ada faedah sebab hanya akan membuang tenaga korang je. Mengalah secara bijak kalau perkara itu tidak penting.


Berkomunikasi Secara Strategik

Gunakan ayat yang tidak mencetuskan pertelingkahan. Contohnya, kalau mereka terus mendesak, korang boleh kata, 
"Saya faham ini penting untuk awak, tetapi saya perlu masa untuk memikirkannya dulu."


Jaga Diri Sendiri

Jangan lupa untuk menjaga emosi dan mental korang. Luangkan masa dengan orang yang memahami korang, buat aktiviti yang korang suka dan jauhkan diri kalau korang dah rasa penat.


Jarakkan Emosi Bila Perlu

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengurangkan atau menghentikan hubungan kalau ia menjadi terlalu berbahaya dan menjejaskan kesihatan korang. Utamakan kesihatan mental korang dulu.


Dapatkan Sokongan

Bercakap dengan rakan, keluarga atau kaunselor tentang situasi korang. Mereka boleh memberi pandangan dan membantu korang mencari strategi terbaik.

Berurusan dengan orang narcissistic memang memerlukan kesabaran, tetapi dengan cara yang betul, anda boleh melindungi diri tanpa perlu merosakkan hubungan sepenuhnya.














Post a Comment

0 Comments