Alif Satar Kongsi Pengalaman Ambil Pakej Haji Bersama MKM Ticketing Travel & Tours

Alif Satar Kongsi Pengalaman Ambil Pakej Haji Bersama MKM Ticketing Travel & Tours | 

Baru-baru ini, kita digemparkan lagi dengan kes-kes penipuan berkaitan pakej haji yang menimbulkan kebimbangan di kalangan umat Islam. Sebagai salah satu rukun Islam, ibadah haji bukan sekadar kewajipan, tetapi juga impian setiap Muslim untuk merasai pengalaman rohani yang mendalam di Tanah Suci. Namun, memastikan ibadah ini berjalan lancar memerlukan perancangan rapi dan pemilihan agensi yang benar-benar boleh dipercayai seperti MKM Ticketing Travel & Tours. MKM Ticketing Travel & Tours, merupakan sebuah agensi yang telah beroperasi lebih dari 13 tahun, menawarkan pelbagai pakej haji berkualiti yang sesuai dengan keperluan dan bajet korang.

pakej haji



Tips Memilih Pakej Haji

Persediaan yang baik boleh menangani setiap halangan. Antara perkara yang boleh membantu ialah mengambil kursus haji, menjaga kesihatan dan membawa barangan asas seperti kasut dan botol air. Bagi memastikan ibadah berjalan lancar dan selesa, adalah penting untuk memilih pakej haji yang sesuai. Berikut adalah beberapa tips yang boleh digunakan sebagai panduan:


Bajet 

Tentukan bajet sebelum memilih pakej. Pastikan korang memilih pakej yang tidak membebankan kewangan tetapi tetap memberikan kemudahan yang mencukupi.


Semak Reputasi Agensi

Pilih agensi haji yang berdaftar dengan Tabung Haji dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. Korang boleh semak ulasan pelanggan terdahulu untuk mendapatkan gambaran tentang kualiti perkhidmatan mereka.


Memahami Kemudahan yang Ditawarkan

Pastikan korang tahu apa yang termasuk dalam pakej seperti penginapan, makanan, pengangkutan dan jarak hotel ke Masjidil Haram. Pakej yang lebih mahal biasanya menawarkan penginapan yang lebih dekat dan selesa.


Periksa Jadual dan Tempoh Perjalanan

Setiap agensi menawarkan tempoh perjalanan yang berbeza. Ada yang menyediakan pakej pendek selama dua minggu, manakala yang lain mungkin mengambil masa lebih lama. Pilih berdasarkan kesesuaian masa korang.

Sertai kursus dan taklimat haji untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang rukun dan prosedur ibadah. Pastikan agensi korang menawarkan kursus ini sebelum korang pergi.

ibadah haji



Kenapa Memilih MKM Ticketing Travel & Tours Sebagai Agensi Pengurus Jemaah Haji

Memilih agensi haji bukan sekadar soal pakej atau harga, tetapi lebih kepada keselesaan, bimbingan rohani dan pengalaman menyeluruh yang ditawarkan. Agensi yang berpengalaman seperti MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. memastikan setiap aspek perjalanan ibadah korang diuruskan dengan teliti, termasuk penginapan, pengangkutan dan makanan. Selain itu, bimbingan ibadah yang disediakan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman memberi jaminan bahawa korang dapat melaksanakan rukun haji dengan sempurna. Dengan memilih agensi yang tepat, korang bukan sahaja dapat beribadah dengan tenang, malah berpeluang menimba pengalaman bermakna yang akan dikenang seumur hidup. Kelebihan dan keistimewaan memilih MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. sebagai agensi :

• Sebuah syarikat pelancongan yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00.

• Berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji 

• Pembimbing Ibadah Haji yang berilmu dan berpengalaman - pengurusan cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik

• Barang hadiah Haji seperti beg pakaian, beg sandang, tasbih digital, botol wudhuk dan macam-macam lagi

• Ziarah dan lawatan (Bergantung pada perubahan semasa - Hudaibiyah, Uhud, Khandaq)

• Kursus Haji Intensif di tanah air sebelum berangkat ke Tanah Suci

• Pelan perlindungan takaful berkelompok

• Perkhidmatan kargo disediakan di hotel Mekah dan Madinah

tips memilih pakej haji


Pakej yang Ditawarkan

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. menawarkan beberapa pakej Haji untuk dipilih mengikut bajet korang. 

Pakej Salam

• Tempoh perjalanan +/- 40 hari (*Tertakluk penerbangan carter TH)
• MINA: Khemah Muassasah (Muassim)
• MEKAH: Rayannah Hotel (+/- 400m dari Dataran Masjidil Haram)
• MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
• Harga bermula dari RM 54,900


Salam Plus

• Tempoh perjalanan +/- 40-45 Hari (*Tertakluk penerbangan carter TH)
• AZIZIYA: V12 Al-Arabia Hotel (Bilik Berempat) & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 670m)
• MEKAH: Maysan Al-Mashaer (+/- 430 dari Dataran Masjid Al-Haram)
• MADINAH: Worth Peninsula (+/- 300m dari Dataran Masjid Nabawi)
• Harga bermula dari RM58,000 


Pakej Menara Jam

• Tempoh perjalanan +/- 40 hari (*Tertakluk penerbangan carter TH)
• AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
• MEKAH: Movenpick Hajar (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
• MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
• Harga bermula dari RM 75,900


Pakej Safa

• Tempoh perjalanan +/- 20 hari (*Tertakluk penerbangan carter TH)
• AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
• MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
• MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
• Harga bermula dari RM 115,000


Pakej Firdaus

• Tempoh perjalanan +/- 18 hari (*Tertakluk penerbangan carter TH)
• AZIZIYAH: Al-Maqam Suites & Khemah Muassasah (Jarak ke Dataran Mina +/- 400-500m)
• MEKAH: Marwa Rayhaan Rotana (+/- 50m dari Dataran Masjidil Haram)
• MADINAH: Millenium Al-Aqeeq (+/- 50m dari Dataran Masjidil Nabawi)
• Penerbangan Business Class - (tertakluk kepada kelulusan TH)
• Airport Khas (Ketika ketibaan di Saudi)
• Premium Lounge
• GMC & Bas VVIP
• Khemah VIP Mina (PMN)
• Harga bermula dari RM 275,000






Alif Satar Kongsi Pengalaman Pergi Haji Bersama MKM Ticketing Travel & Tours

Alif Satar meluahkan rasa berpuas hatinya mengambil pakej bersama MKM Ticketing Travel & Tours semasa melaksanakan ibadah haji bersama isterinya. 


.....dapat buat pula dengan ustaz dan ilmuan agama yang sentiasa beri motivasi dan ilmu-ilmu baru. Setiap hari ada program dan pengisian yang telah disusun oleh MKM Travel...

Selain Alif Satar, Faizal Tahir juga menggunakan perkhidmatan dari MKM Travel untuk menunaikan ibadah haji.

Pengalaman saya buat haji dengan MKM Travel ni, saya harus puji MKM. sebab cara pengendalian yang sangat baik. Kita ikut MKM memang ikut sunnah Nabi sebab aktiviti yang disusun...


Realisasikan Menunaikan Ibadah Haji yang Selesa Bersama MKM Ticketing Travel & Tours

Menunaikan ibadah haji adalah pengalaman luar biasa yang mampu mengubah hidup seseorang. Ia bukan sahaja tentang memenuhi rukun Islam, tetapi juga perjalanan memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Daftar bersama MKM Ticketing Travel & Tours dan jadikan impian haji korang satu kenyataan.

Hubungi MKM Ticketing Travel & Tours di +603 7831 6740 (Haji / Umrah / Visa) atau +603 7831 8740 (Ticketing) untuk maklumat lanjut!

Alamat Pejabat :
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.



Post a Comment

0 Comments