ABOUT ME



Normarina Bashah iaitu pemilik blog marinabashah.com merupakan seorang yang wanita yang bekerjaya dan merupakan ibu kepada 3 orang anak. Marina telah mendapat pendidikan dalam bidang Civil Engineering di Universiti Putra Malaysia. Marina merupakan seorang part time blogger yang bekerja sebagai seorang engineer di sebuah syarikat pembetungan dan telah berkhidmat lebih dari 13 tahun. Bagaimana Marina mengenali dunia blog? Korang kena baca perjalanan part time blogger seorang Marina.


Planning Engineer Di Sebuah Syarikat Pembetungan

Marina merupakan seorang jurutera perancangan di sebuah syarikat pembetungan dan ditempatkan di cawangan di Perak. Tugas Marina di sini adalah membuat laporan mengenai pembetungan di Perak yang merangkumi cadangan perancangan pembetungan untuk Negeri Perak bagi memastikan pengurusan sistem pembetungan teratur. Laporan ini termasuklah skop kerja dan juga kos untuk melaksanakan sesuatu projek berkenaan.

Mungkin ada yang tidak tahu mengenai Loji Rawatan Kumbahan Berpusat di Papan, Perak. Loji rawatan kumbahan berpusat ini dibina di atas tanah yang berkeluasan 18.50 hektar. Loji tersebut merupakan loji rawatan kumbahan yang terbesar di Malaysia berkapasiti 1,500,000 PE. Marina diberikan tugasan untuk menyediakan laporan cadangan untuk projek tersebut. Kini loji tersebut telah siap dibina. Loji Rawatan Kumbahan Berpusat ini dibina adalah untuk mengurangkan pencemaran sungai dengan menutup loji-loji kecil di bawah pengurusan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. 

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut mengenai loji rawatan kumbahan ni, boleh tanya Marina. Marina terangkan lebih lanjut pada korang.


Marina dan Blog

Marina diperkenalkan dalam dunia blog oleh rakan semasa waktu belajar dulu. Rakannya beritahu dengan berblog, dia dapat membuat income dan menunjukkan hasil daripada berblog. Marina mula tertarik dan mula belajar untuk mula menulis di blog pada tahun 2009. Pada masa itu Marina teruja nak kongsikan pengalaman persiapan Marina untuk berkahwin. 

Pelbagai nama blog yang telah digunakan dan Marina pernah membuat blog khas untuk berniaga. Pada masa itu, semua template blog, Marina hias sendiri. Marina belajar sendiri melalui pembacaan. Kemudian perjalanan menulis blog Marina terhenti kerana kekangan masa.

Kemudian, kerana minat untuk menulis menebal dalam diri, Marina mula bergiat aktif kembali pada tahun 2019. Blog Marina kini menggunakan nama Marina sendiri. Tetapi ketika itu, Marina belum lagi menggunakan domain.

Setelah kenal rakan-rakan blogger, barulah Marina mengenali apa itu domain, adsense dan belajar mengenai SEO. Baru Marina tahu apa kepentingan adanya domain. Blog dahulu tak sama dengan blog sekarang, makin complicated. Marina dah tak berapa pandai bab nak ubah template. 99% peratus semua mintak tolong kawan buatkan, dari nak ubah template ke SEO friendly, setup adsense sehinggalah check masalah blog. 


Pencapaian Di Blog Marina Bashah

Hasil pembelajaran mengenai SEO, dari tahun 2019 sehingga tahun 2022, view blog Marina telah mencecah 3 juta viewer. Beberapa artikel yang dikongsikan di blog Marina mendapat kedudukan first page di Google search, salah satunya adalah perkongsian mengenai Koleksi Resepi Berpantang yang telah mendapat lebih daripada 800 ribu viewer. 

Menjadi satu kebanggaan apabila perkongsian Marina dikongsikan di sosial media Imigresen Malaysia berkenaan pengalaman Marina membuat pasport. Marina gembira perkongsian Marina dapat memberi maklumat kepada pembaca di luar sana.

Disebabkan kerja hakiki Marina banyak kena pergi outstation untuk meeting, training, workshop dan sebagainya, makanya blog Marina banyak sharing mengenai lifestyle. Marina banyak sharing mengenai aktiviti bersama keluarga seperti pergi bercuti, pengalaman menginap di hotel atau homestay dan tempat makan yang menarik. Selain itu, disebabkan Marina seorang ibu, Marina juga suka sharing mengenai pengalaman mengandung dan bersalin, tentang parenting dan macam-macam lagi tentang aktiviti persekolahan anak-anak.


Klien Menawarkan Review Produk Di Blog

Marina juga berpeluang buat review produk, food review dan juga review tempat penginapan yang ditawarkan oleh pihak klien. Satu pengalaman yang menarik buat Marina kerana dapat bekerjasama dengan klien.

Selain menulis di blog, Marina juga bergiat aktif membuat review di sosial media seperti 
di Instagram dan Facebook.

Korang yang nak mengenali Marina, boleh follow rapat-rapat di blog marinabashah.com



Twitter : marinabashah
Email :marinabashah@gmail.com